Monday, 29 September 2014

Kencing manis semasa hamil


Kencing Manis Ketika Mengandung, Punca dan Kesannya?

Kencing manis ketika mengandungKencing manis ketika mengandung atau‘gestational diabetes‘ adalah masalah kesihatan paling kerap dialami oleh ibu hamil. 70% daripada ibu yang menghidap kencing manis ketika mengandung ini biasanya akan pulih lepas bersalin tapi kebanyakan mereka akan menghidap diabetis jenis kedua di kemudian hari.

Apa punca kencing manis ketika mengandung?

  • Punca utama kerana tahap glukosa dalam badan ibu tinggi dari keperluan normal. Ini terjadi bila hormon insulin tidak cukup untuk tukarkan glukosa kepada tenaga bagi keperluan sel badan atau tabiat pemakanan ibu yang tinggi gula.
  • Punca kedua disebabkan hormon yang dihasilkan oleh plasenta (uri) untuk bantu tumbesaran bayi. Hormon tu memang bagus untuk bayi tapi akibatnya sel-sel dalam badan ibu jadi kalis (orang putih cakap ‘immune’) pada insulin. Ini menyebabkan terjadinya masalah kalis insulin.

Siapa berisiko menghidap kencing manis ketika mengandung?

  • Semua ibu hamil berisiko menghidap kencing manis ketika mengandung tapi ada sesetengah ibu akan berisiko tinggi untuk mengalami masalah kencing manis ketika mengandung seperti:
    • Ibu hamil berumur 35 tahun ke atas
    • Sejarah keluarga menghidap diabetis
    • Pernah menghidap diabetis ketika kehamilan sebelumnya
    • Berat badan sebelum hamil lebih 80kg
    • Pernah melahirkan bayi dengan berat badan lebih 3.5kg
    • Ibu hamil kembar
    • Ibu hamil yang bermasalah hydramnions (terlalu banyak air ketuban)

Bagaimana nak tahu saya menghidap kencing manis ketika mengandung?

  • Dikesan melalui pemeriksaan darah selepas minum air gula. Biasanya ibu akan disuruh berpuasa malam sebelumnya.
Biasa kan bila check dekat klinik, nurse mesti cakap ‘ gula awak tinggi ni, jaga-jaga sikit ya’.. haaa kenapa nak kena jaga-jaga sangat tu?

Apa kesan diabetis ketika mengandung pada ibu dan bayi?

1. Pada ibu
    • Risiko tinggi untuk mendapat pre-eclampsia (tekanan darah tinggi dan lebihan protein dalam air kecing)
    • Risiko tinggi untuk dijangkiti vanigal moniliasis (jangkitan faraj)
    • Risiko tinggi untuk mendapat jangkitan pada luka bersalin menyebabkan luka lambat sembuh
    • 50% boleh menghidap diabetis tahap kedua di kemudian hari
2. Pada bayi
    • Risiko tinggi untuk bayi mati dalam kandungan
    • Saiz bayi terlalu besar menyebabkan kesukaran semasa bersalin
    • Bayi berisiko untuk mendapat kecederaan bahu semasa bersalin membawa risiko kecacatan
    • Bayi berisiko untuk hipoglisemia (terlalu banyak insulin, gula dan mineral penting dalam darah terlalu rendah menjejaskan tumbesaran)
    • Sakit kuning (jaundice)
    • Bayi sukar bernafas
    • Air ketuban berlebihan (polyhydramnions) yang membawa kepada kelahiran pra-matang dan kematian bayi dalam kandungan.
    • Bayi akan lebih mudah dapat obesiti atau kencing manis bila dewasa.

Bagaimana merawat kencing manis ketika mengandung?

  • Biasanya doktor akan suruh kawal pemakanan dan kurangkan makanan berkarbohidrat tinggi dan tinggi gula. Patuhi arahan doktor ya
  • Anda juga mungkin perlu ambil suntikan insulin
  • Digalakkan juga amalkan senaman ringan setiap hari
  • Mengamalkan makanan yang kaya dengan Zinc, B-complex dan Magnesium di mana zinc sangat penting untuk bantu buah pinggang hasilkan lebih banyak insulin bagi atasi masalah kalis insulin

Bagaimana merawat kencing manis ketika mengandung?



Glucos Cut membantu: 

  • Mengelakkan pengambilan gula yang berlebihan 
  • Mengawal dan mengawal tahap glukosa darah 
  • Mengurangkan risiko diabetes jenis 2 
  • Berat badan Kawalan Mengurangkan risiko penyakit kronik

Antara testimonial




BERMINAT?



WHATSAPP : 010 2588 182
CALL @ SMS: +601132912051


Anda Salah Seorang dari Mereka yang Mengidap Kencing Manis?

Takut tak bila doktor suspect korang ada kebarang kalian nak dapat kencing manis ? 
Ye la.. rase badan kite macam sehat je... tetiba dah suspect de kencing manis... tak de siape nak mintak sakit kencing manis ni... bukan ape, takot la kene potong kaki la, luka susah nak baek la..subhanallah.. mintak jauh la 


korang mesti tak nak kan kene potong kaki sebab kencing manis.. selama ni pernah korang cek paras gula dalam darah korang... alat cek kencing manis ni boleh bli kat farmasi..beli 1, tiap2 bulan boleh cek sendiri (feeling2 jadi dokter.. hehehe)... siap lei tlg cek utk mak ayah n satu family taw.. kat bawah ni saye tunjuk contoh gamba alat yang lei cek kencing manis sendiri dan cara2 nak cek...


so, sebelum terlambat, korang jaga2 la cara hidup korang supaya tak terjebak dengan penyakit2 kronik sepertI kencing manis dan kanser.


Apa itu kencing manis?


Penyakit kencing manis adalah satu keadaan di mana terdapat kadar gula yang berlebihan dalam peredaran darah. Ini terjadi kerana badan kekurangan sesuatu hormon yang dipanggil insulin yang diperlukan untuk menukar gula kepada tenaga dalam badan kita. Insulin adalah sejenis hormon yang dihasilkan oleh organ bernama pankreas yang terletak dibawah perut. Badan kita mengeluarkan tenaga untuk menjalankan tugas harian daripada makanan. Dalam perut, makanan berkanji dan bergula yang dipanggil makanan karbohidrat ditukar kepada bahan gula yang dipanggil glukos dan masuk ke dalam saluran darah di mana ia akan digunakan oleh badan untuk menghasilkan tenaga. Glukos adalah punca utama yang memberi tenaga.

Dalam keadaan biasa, insulin membantu gula (glukos) dalam darah untuk memasuki sel-sel badan untuk ditukarkan kepada tenaga. Bagi orang yang mengidap penyakit kencing manis, organ pankreas tidak dapat menghasilkan hormon insulin dengan secukupnya atau insulin yang dikeluarkan tidak dapat bertindak seperti biasa. Akibatnya, glukos atau gula tidak dapat memasuki sel-sel badan. Kadar gula dalam peredaran darah menjadi tinggi. Gula yang berlebihan ini akan disingkirkan oleh badan melalui air kencing. Inilah sebabnya, penyakit ini dikenali sebagai penyakit kencing manis. Tanpa insulin, sel-sel badan tidak menerima bekalan glukos, walaupun kadarnya amat tinggi dalam peredaran darah. Ini menyebabkan badan akan kekurangan tenaga.